Pages

Khamis, 5 Jun 2008

HARAM PAKAI SERBAN???



"Woi kau tahu tak memakai serban tu haram hukumnya", bentak seorang ustaz. Ku dan sahabat-sahabat semua terpinga-pinga. Apakah gerangannya ustaz yang telah melatihi ku setahun ini boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian. Tiupan sepoi-sepoi bahasa menggamit suasana. Seluruh kelas tiba-tiba senyap membisu bahasa. Seringkali bayangan putih melintasi pandangan mataku, berpakaian putih besar di depan kami, amat menggerunkan. Fikirku.


Bilamana saya memikirkan topik ini, terlalu banyak tergambar difikiran ini, tetapi atas dasar kapasiti minda dan untuk mengelakkan sebarang fitnah kemungkinan berlaku dalam masyarakat, maka jalan tengah dan jalan mengelak itu adalah lebih utama. Sekadar perkongsian bersama, bilamana andaikata kita mendalami ilmu-ilmu Islam baik dalam bidang Syariah, Tasawwuf, Akidah dan ilmu-ilmu alat yang lain, seringkali kita akan ketemu hukum yang harus kita lakukan dalam pengabdian kita kepada Allah, tetapi mungkin apabila kita dedahkan kepada masyarakat, boleh menimbulkan fitnah kepada sesama muslim yang jahil, Non-muslim, Islam dan sebagainya, maka perlulah kita mengambil jalan tengah dalam sesuatu isu melainkan keadaan si pendengar boleh memahami secara menyeluruh, bukannya aspek tersebut sahaja. Mungkin apa yang saya perkatakan di sini agak menimbulkan sedikit kecelaruan di minda anda sekelian, maka saya mengesyorkan anda bertanya secara jujur kepada mana-mana ustaz yang anda percayai. Kalau boleh, bukannya seorang dua sahaja. Apa yang saya perkatakan adalah melibatkan sebarang isu-isu dalam agama kita sendiri, bukannya terkhusus kepada isu yang saya utarakan di atas ini.

Sedikit perkongsian daripada saya, teringat semasa berada di sekolah menengah dulu iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lilbanin dulu, dalam mempelajari topik memakai serban ini. Sebagai contohnya, ini adalah salah satu pendapat khilaf, ada lagi yang lain, sama ada kuat pendapat dan agak lemah perlu dipelajari, sekadar contoh. Rasullullah sallahhualaihi wasallam bilamana memakai serban seringkali memanjangkan ekor serban sekadar satu genggam sahaja. Apabila berlakunya perubahan zaman ke zaman khalifah-khalifah Islam yang lain, sama ada zaman Umawiyyah, Abasiyyah ataupun Uthmaniyyah, pentadbiran khalifah telah mengiktiraf mana-mana individu berkelayakan dari segi ilmu dan kepakaran, biasanya ulama untuk memakai serban yang lebih panjang sedikit ekornya berbanding masyarakat awam yang lain, sebagai membezakan antara mereka. Walaubagaimanapun, kadar panjang ekor tersebut tidaklah melangkaui ke tengah belakang dan dikatakan haram bilamana sampai ke tahap tersebut. Cuba anda lihat masyarakat sekeliling, tidak terbeza. Macam-macam ada. Ini adalah salah satu pengajaran saya, ada lagi. Minta anda boleh selongkar sendiri.


Cuma apa yang penting ialah menggalakkan masyarakat memakai serban sebenarnya, ikutlah cara macam mana asalkan orang boleh panggil itu sebagai memakai serban, bukan sebaliknya. Itu yang lebih penting...




Akan bersambung.........

0 ulasan: