Pages

Friday, June 13, 2008

HANTU dari segi Fizik....


Apabila memperkatakan tentang hantu, terlalu banyak anggapan dan persepsi masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang memang sejak dahulu lagi terpias dengan budaya-budaya Budha, agama asal penduduk di alam Melayu dulu dan pandangan semesta orang-orang asli terdahulu. Walaubagaimanapun semuanya itu perlu didasarkan kepada pegangan akidah agama Islam tulen supaya kita tidak tersasar ke lembah kebinasaaan syirik dan kecelakaan.

Apa yang saya ingin perkatakan ini adalah berkaitan hubungan makhluk ciptaan Allah ini dengan bidang sains yang diwarwarkan masa kini. Sebagai perkongsian apa yang telah saya kaji berdasarkan sumber-sumber penulisan individu-individu yang pakar dalam bidang tersebut. Walaubagaimanapun kajian tersebut, sebagaimana yang saya sebutkan tadi adalah daripada kajian individu tersebut, bukannya melibatkan kajian yang saya tengok, analisis dan membuat kesimpulan dengan hasil kajian sendiri.

Hantu, toyol, pocong, jin dan seumpama dengannya adalah merupakan makhluk Allah yang dikatakan daripada Kajian Kuantum dibentuk daripada ion positif. Menurut penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab berkata bahawa makhluk ini tidak mempunyai jasad dan disebabkan itulah makhluk ini tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar, walaubagaimanapun boleh dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

Disebabkan mereka daripada unsur gelombang, maka mereka boleh menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia dan memberi impak negatif kepada kesihatan. Apabila ruang dan masa diisi dengan gelombang yang tidak sihat, maka disitulah akan timbulnya kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Maka kaedah pemulihannya ialah menggunakan Terapi Getaran Warna iaitu dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia daripada makhluk ghaib tersebut. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

Penciptaan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan
Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takut akan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif. Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka.

FAKTA: Hantu dan jin
  1. Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.
  2. Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
  3. Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.
Sebenarnya minat saya kepada makhluk laknatullah ini bilaman saya sempat belajar di Darussyifa dan diijazahkan tamat pada 31 Disember 2007 oleh Tuan Guru Dato' Harun Din. Belajarlah sahabat-sahabat, cukup bernilai untuk mendepani makhluk ini dan pada masa yang sama untuk menghindari diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus dalam kesyirikan bomoh-bomoh yang diragui tentang kebenaran ilmunya.


2 comments:

Adry said...

Salam... tertarik ngan post ni... Darussyifa yer... yeah i've heard of it.. kat bangi kan... bagusla.. dengan adanya institusi begini, ramai yang mencari perubatan alternatif tak terpesong ...

tak perlu da cari bomoh bomoh dan mandrem mandrem yang ntah apa apa ntah tu .....

ruqayya said...

nice post..ana cadangkan,cikgu gitau pengetua2 kt skolah,supaya pekenalkan subjek 'mengenali hantu' supaya bdk2 penakut ( cam ana ) dpt mngenali hntu ngan lebih dekat lg...
hehehe..

ana nk tnye, rujuk perggan 3,line 1, napa nta asingkan jin,toyol,hantu,n de gang..bukan ke toyol,hantu,dll 2 adalah jelmaan jin???