Pages

Jumaat, 13 Mac 2009

Kelemasan Daku DiHempap……………..



Tidak disangka-sangka, peristiwa pada malam itu benar-benar memeranjatkan daku. Tidak pernah terlintas pun difikiran ini, peristiwa yang berlaku sejak 2 bulan itu, berakhir dengan satu malam yang penuh misteri. Tiada kata yang boleh ku ungkapkan melainkan kalimah syukur ku sebanyak-banyaknya kepada-Mu ya Rabbi.

Terkenang daku, sejak 2,3 bulan tersebut, ku tidak pernah menyedari kehadiran individu ke-3 antara kami berdua. Kehidupanku bersama rakan sebilikku di Kosass begitu harmoni sehinggalah ku mendengar keluahan darinya. Itupu berlaku pada bulan Oktober setelah kami bersama sejak Julai 2008.
“Abg Akram, sejak 2,3 bulan ini, boleh dikatakan setiap hari saya ditindih sesuatu, tak boleh nak bernafas rasa.. eis… Abg Akram cam ne, tak pernah ke??”, Tanya Roomate ku kepadaku.
“Ape, kena tindih, biar betik.. saya tidur ok je tiap-tiap malam”, balasku kehairanan.

Sungguh pelik dan ajaib, sudah 2,3 bulan, tapi saya tidak pernah menyedari kehadirannya. Biasanya apabila makhluk ini berada berdekatan dengan kita, roh kita akan memberi isyarat kepada kita berkenaan kehadirannya. Contoh yang mudah bagi orang awam ialah seperti berdirinya bulu roma dan sebagainya. Ini kerana roh kita dan makhluk ini adalah mempunyai secara ringkasnya saya nak terangkan di sini mempunyai cas yang berbeza dan akan berinteraksi apabila berdekatan. Erm… tapi kenapa daku tak terkesan pun..
“Ok, tak pe. Malam ni kita tukar tempat tidur. Abang tidur kat katil adik dan adik tidur kat katil abang,”daku bagi cadangan. Roomate ku mengangguk, tanda setuju.
Sebelum tidur, ku ada berborak dengan rakan sebilikku ini.

Ku boleh dikatakan berbual besar. Ku cakap ,“Hah, keluar kau malam ni, aku nak terajang betul-betul”. Roomate ku tersenyum. Roomate ku cakap supaya jangan berbual besar, biasanya orang yang berbual besar ini akan diuji. Dia juga menceritakan kisah kawannya yang berbual besar, nak jumpa hantu dan sebagainya. Last-last dikejar hantu, 2 minggu demam. Ku dengar cerita tu, terdiam dan rasa sedikit takut. Ku lawan perasaan tu, dan terus tidur.

Memang tidak boleh kita berbual besar, tapi di hati ini cuma nak memberanikan diri.
Tidurlah daku dengan nyenyaknya di atas katil yang empuk itu. Ku tidak tahu apa yang berlaku sepanjang tidur itu, maklumlah tidur, pukul berapa ku start tidur pun tidak tahu. Tiba-tiba….
Ku bermimpi dengan mimpi yang agak pelik. Ku melihat ada satu lembaga hitam mendekatiku. Apalagi, Ku terus pegang kepalanya dengan menggunakan tangan kiri ku, manakala tangan kananku ku tumbuk beberapa kali. “Hah, ambik kau..”. Makhluk itu mengeram kesakitan. Tiba-tiba, ku tersedar dari ingauan mimpiku. Ku lihat keadaan ku berselimut seperti biasa, cuma tanganku seperti dalam mimpiku sebentar tadi, pegang dan menggenggam.

“Astaghfirullah… Apa yang aku mengingau tadi”,keluhku sambil mengusap-usap rambut kepalaku. Ku lihat jam locengku, menunjukkan pukul 4:30 pagi. Ku sempat melihat roomateku, kot-kot dia tersedar dek kelakuanku tadi. Tapi nampaknya dia tidur dengan nyenyaknya di atasa katilku.
Ku gagahi bangkit dari tempat tidurku. “Alhamdulillah, bolehku bermunajat sedikit”,bisikku. Ku pun berwuduk dan solat apa yang patut. Sedikit zikir. Kira-kira pukul 5:15, ku fikir nak tidur sekejap. Biasanya tidur sebelum subuh ini, kalau bermimpi biasanya adalah mimpi malakat, mimpi dari Allah.. Ku sebenarnya nak tahu apa petunjuk dari mimpi burukku tadi.

Loceng dan azan berbunyi. Ku bangkit dan pergi menunaikan solat Subuh kat surau kolej ku. Sebelum pergi, ku sempat mengejutkan roomateku untuk solat bersama. Cerita hari itu berakhir di situ. Ku tak ceritakan pada sape-sape mimpiku semalam.
Besok malam dan sehingga 2 minggu, roomateku telah pun tidur di katilnya sendiri. Setelah genap 2 minggu, barulah ku bertanya roomateku ini tentang keadaan dirinya sekarang, adakah kena tindih lagi atau pun tidak.
“Sejak abang Akram tidur hari itu kat atas katil ni, sejak itu, gangguan tindih ni dah tak berlaku dah. Terima kasih ek.” Katanya.

“Hah, biar betul”,jawabku. “Ucap syukurlah pada Allah, saya tak buat apapun”.
Termenung daku sekejap.”Apa yang aku buat ek”,bisik hatiku.”Hah, takkan sebab mimpi hari tu, biar betul”. Tergelakku dibuatnya. Mungkin inilah yang dikatakan kebaikan apabila kita mengamalkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

NASIHAT
  • Amalkankanlah apa yang telah diajar oleh junjungan Rasul kita.
  • Sebelum tidur, mohonlah perlindungan dari-Nya.
  • Berwuduk.
  • Baca 3 Qul tiga kali dan sapu ke seluruh tubuh sebanyak 3 kali juga.
  • Allahlah penentu segla-galanya, ayat al-Quran itu adalah sebagai doa semata-mata dan keberkatan. Jangan mensyirikkan Allah dengan ayat-ayat-Nya
Nantikan kemunculan peristiwa penindihan dari sudut sains..



1 ulasan:

ziccotuai berkata...

Check out http://clashofclanshelper.com/ - I got free Clash of Clans gems here! Get yous too in less than two minutes!! Top players use this to get gems!!(WTkBBvaZ9t)